WUDHU
PENGERTIAN
WUDHU’,
Dari segi bahasa, wudhu’
ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota
tertentu.
Dari segi syara‘, wudhu’
bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang
tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua
belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan
syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.
HUKUM
WUDHU’
Hukum wudhu’ adalah seperti
berikut:
1. Wajib atau fardhu, iaitu
ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada sembahyang fardhu
atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf
fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya.
2. Sunat. Banyak perkara
yang disunatkan berwudhu’, antaranya ialah untuk membaca atau mendengar bacaan
Al-Qur’an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab
hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf
di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur,
mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’ dan
memperbaharui wudhu’.
HIKMAH WUDHU’
Hikmah berwudhu’ ialah
kerana anggota-anggota tersebut terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti
habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat sama ada
zahir atau batin.
FARDHU
WUDHU’
1. Berniat ketika meratakan
air ke seluruh muka. Niat wudu’ adalah seperti berikut:

Maksudnya:
“Sahaja aku
mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”.
atau

Maksudnya:
“Sahaja aku
berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.
2. Membasuh muka. Had atau
batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas
sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan lintangannya adalah dari
anak telinga hingga ke anak telinga.
3. Membasuh dua tangan
hingga dua siku. Bagi orang yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota
yang ada.
4. Menyapu sedikit kepala.
Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had
atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh
kepala.
5. Membasuh dua kaki hingga
dua buku lali.
6. Tertib, iaitu melakukan
perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur.
SYARAT-SYARAT
WUDHU’
Terdapat dua syarat dalam
wudhu’ iaitu syarat wajib dan syarat sah.
Syarat Wajib
Wudhu’
1. Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Mampu menggunakan air
yang suci dan mencukupi.
5. Berlakunya
hadath.
6. Suci daripada haidh dan
nifas.
7. Kesempitan waktu. Wudhu’
tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan
waktu.
Syarat Sah
Wudhu’
1. Meratakan air yang suci
ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh
hingga tiada bahagian yang tertinggal.
2. Menghilangkan apa sahaja
yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu’.
3. Tidak terdapat
perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu’ seperti darah haidh, nifas, air
kencing dan seumpamanya.
4. Masuk waktu sembahyang
bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap
kencing tidak lawas.
Selain itu, terdapat
beberapa syarat wudhu’ mengikut ulama’ mazhab Syafi‘i, iaitu:
1. Islam.
2. Mumayyiz.
3. Suci daripada haidh dan
nifas.
4. Bersih daripada apa
sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit.
5. Mengetahui kefardhuan
wudhu’.
6. Tidak menganggap sesuatu
yang fardhu di dalam wudhu’ sebagai sunat.
7. Menghilangkan najis ‘aini
yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu’.
8. Tidak terdapat pada
anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air.
9. Tidak mengaitkan (ta‘liq)
niat berwudhu’ dengan sesuatu.
10. Mengalirkan air ke atas
anggota wudhu’.
11. Masuk waktu sembahyang
bagi orang yang berhadath berterusan.
12. Muwalat, iaitu
berturutan.
SUNAT
WUDHU’
Perkara sunat ketika
berwudhu’ adalah sangat banyak, di antaranya ialah:
1. Membaca “basmalah” iaitu
lafaz 
2. Membasuh dua tapak tangan
hingga pergelangan tangan.
3. Berkumur-kumur.
4. Memasukkan air ke dalam
hidung.
5. Menyapu seluruh
kepala.
6. Menyapu dua
telinga.
7. Menyelati janggut yang
tebal.
8. Mendahulukan anggota yang
kanan daripada yang kiri.
9. Menyelati celah-celah
anak jari tangan dan kaki.
10. Melebihkan basuhan
tangan dan kaki dari had yang wajib.
11. Mengulangi perbuatan itu
sebanyak tiga kali.
12. Berturut-turut iaitu
tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu anggota dengan
anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering.
13. Menggosok anggota wudhu’
supaya lebih bersih.
14. Bersugi dengan sesuatu
yang kesat.
15. Menghadap
qiblat.
16. Membaca doa selepas
berwudhu’, iaitu:

Maksudnya:
“Aku
bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya,
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku,
jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari
golongan orang-orang yang bersih.”
PERKARA YANG
MEMBATALKAN WUDHU’
1. Keluar sesuatu daripada
lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air
mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila
keluar mani diwajibkan mandi.
2. Tidur yang tidak tetap
punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke
tempat duduk.
3. Hilang akal dengan sebab
mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana apabila hilang akal, seseorang itu
tidak mengetahui keadaan dirinya.
4. Bersentuh kulit lelaki
dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram) walaupun telah
mati.
5. Menyentuh kemaluan (qubul
dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan
sendiri.
6. Murtad iaitu keluar dari
agama Islam.
No comments:
Post a Comment