AZAN DAN IQAMAH
PENGERTIAN AZAN DAN
IQAMAH
- Azan dan iqamah adalah dua
perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu.
- Azan dari segi bahasa
bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara‘ pula diertikan sebagai suatu
gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh
diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz
tertentu.
- Iqamah pula bermaksud
sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin mengerjakan sembahyang.
HUKUM AZAN DAN
IQAMAH
- Azan dan iqamah adalah
sunnah mu’akkadah secara kifayah sebelum menunaikan setiap sembahyang fardhu
sama ada dilakukan secara berjama‘ah atau bersendirian, sama ada sembahyang
qadha’ atau tunai bagi orang lelaki.
- Bagi lelaki yang
bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah) disunatkan secara
‘aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau berjama‘ah disunatkan
melakukan iqamah sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan
meninggikan suara mereka.
LAFAZ AZAN DAN
ATURAN MELAKUKANNYA
- Lafaz azan terdiri daripada
lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali
takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tawhid
hanya sekali sahaja.
- Lafaz tersebut adalah
seperti berikut:

- Pada azan subuh pula
ditambah kalimah
sebanyak dua kali selepas
kali yang kedua.
- Sembahyang-sembahyang sunat
yang dilakukan berjama‘ah seperti sembahyang sunat hari raya, tarawih dan
sebagainya tidak disunatkan azan dan iqamah. Cuma dilaungkan semasa hendak
menunaikannya dengan lafaz
atau pada
sembahyang tarawih diucap
.
SYARAT SAH AZAN DAN
IQAMAH
1. Masuk waktu sembahyang
melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua azan. Azan pertama dilaungkan
sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh
malam.
2. Hendaklah dengan bahasa
Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri dengan terjemahannya
sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa tersebut.
3. Azan dan Iqamah hendaklah
dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang daripada jama‘ah ketika
sembahyang berjama‘ah.
4. Tertib dan muwalat di
antara lafaz azan dan iqamah.
5. Azan mestilah dilakukan
oleh seorang sahaja.
6. Orang yang melaungkan
azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.
PERKARA SUNAT
SEMASA AZAN
1. Mu’azzin hendaklah suci
daripada hadath kecil atau hadath besar.
2. Menghadap ke arah
qiblat.
3. Dilakukan oleh orang yang
baik dan merdu suaranya serta nyaring.
4. Dilaungkan di tempat yang
tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara.
5. Dilakukan secara berdiri
kecuali uzur.
6. Memalingkan muka ke
sebelah kanan semasa menyebut
dan ke sebelah kiri semasa menyebut
dengan keadaan dada yang
tetap.
7. Melakukan tarji‘ semasa
azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap sebelum dinyaringkan.
8. Melakukan tathwib semasa
azan subuh iaitu menyebut kalimah
sebanyak dua kali selepas laungan
.
9. Meletakkan jari-jari
tangan di kedua-dua telinga ketika azan dengan tujuan untuk meninggikan
suara.
10. Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan mengulangi apa yang
disebut oleh mu’azzin kecuali ketika mu’azzin menyebut kalimah
dan
, maka hendaklah dijawab
dengan kalimah
.
Begitu juga ketika tathwib, hendaklah dijawab dengan lafaz
.
11. Berdoa dan salawat ke
atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas azan seperti
berikut:

LAFAZ IQAMAH DAN
ATURANNYA
- Lafaz iqamah mempunyai
sebelas kalimah, setiap kalimah diucapkan hanya sekali sahaja kecuali takbir
yang pertama dan akhirnya diulang sebanyak dua kali. Begitu juga dengan lafaz
yang diucapkan selepas
kalimah
juga diulang
sebanyak dua kali.
- Lafaz iqamah adalah seperti
berikut:

- Syarat-syarat iqamah adalah
sama seperti azan, tetapi dibolehkan jika dilakukan oleh kaum wanita sama ada
semasa sembahyang bersendirian atau berjama‘ah sesama mereka.
- Selain itu, iqamah juga
disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang terlalu lama di antaranya dengan
takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamah
hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyari‘atkan bagi memberitahu mereka
yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.
- Perkara-perkara sunat
semasa iqamah juga hampir sama dengan azan, cuma disunatkan kepada orang yang
mendengar iqamah menjawab dengan kalimah
semasa bilal menyebut
yang kedua.
AZAN DAN IQAMAH
UNTUK TUJUAN SELAIN SEMBAHYANG
Selain untuk tujuan
sembahyang, azan dan iqamah juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara
lain:
1. Azan di telinga kanan
kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamahkan pada telinga kiri.
Ini adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam sendiri telah
mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.
2. Azan pada waktu
kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang bermusafir.
3. Azan pada telinga orang
yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah atau manusia yang menjadi
liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan.
No comments:
Post a Comment